Monday, September 20, 2010

kenal terus mesra

ADE ORANG CAKAP JADI AWEK NIH SENANG,CUMA PERLU MENJADI CANTIK SERTA MENARIK SUDAH CUKUP UNTUK MEMBELI JIWA SANG ARJUNA
TP SEDAR XSEDAR ADE JUGAGA KESENANGAN LAEN YANG XELOK

1.SENANGNYE SI AWEK MEMANJAT BUNTUT MOTOSIKAL MENGIKUT KE MNE SAJA SI JANTAN PERGI WALAUPUN SEBENARNYA DIA SEDANG DALAM PERJALANAN MENJADI IBU TANPA IKATAN SAH

2.SENANGNYE SI AWEK TERMAKAN JANJI2 MANIS SI JANTAN YANG NIATNYE SUDAH TERPASANG UNTUK MENGADAKN "JAMUAN MAKAN" SAMA ADA SENDIRI ATAU KENDURI

3.SENANGNYE SI AWEK TERGODA DENGAN WAJAH KEKACAKAN METROSEKSUAL ATAU MASKULIN SI JANTAN SEHINGGA SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI MERAIH CINTA WALAU SANGGUP MELETAKKAN BADAN SEBAGAI GADAIAN

4.SENANGNYE SI AWEK MEMBUKA HIJAB YANG SELAMA INI MENUTUP TUBUH SEMATA2 NAK MEMBERI "GULA-GULA" BUAT SEPASANG MATA MILIK SI JANTAN TANPA MEMPEDULIKAN HALAL HARAM

5.SENANGNYE SI AWEK MELIUK-LIUK DI KACA TELEVISYEN MAHUPUN DI TEMPAT AWAM SAMBIL MENAYANGKAN BARISAN GIGI YANG PUTIH TERMASUK AURAT2 MEREKA YANG JUGA PUTIH KEPADA MATA2 JANTAN YANG MELELEH AIR LIUR

PERINGATAN UNTUK SEMUA KAWAN2 DILUAR JANGLAH TERLALU SENANG UNTUK SEMUA..
FIKIRKAN..

Friday, August 27, 2010

jodoh??

sekarang bukan lagi masa untuk berfoya2
bukan lagi masa untuk bersuka ria
tp lebih kepada menghadap yang esa
bukan nawaitu untuk mencari seorang gadis untuk menjadi teman
menjadi teman ke panggung2 wayang
tp mencari seorang wanita yang bleh menerima seadanya
menjadi suri dlm hidup ini
menjadi kan diri selengkap adam dan hawa
tp diri ini tidak sesempurna adam untuk mendapatkan kekasih semulia hawa
haruslah beliau menerima diriku seadanya

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sunday, November 8, 2009

nogori monang

http://www.youtube.com/watch?v=C65kOuGocdM

hobin jang hobin.........
dari sawah turun padang
kini kau dah pandai nondang
kali ini misti monang
bukan susah cukup sonang
sumbek gol banyak-banyak
biar sampai jaring kuyak
main biar hati-hati
jangan masuk gol sendiri
2-1 kocik bonar
4-1 sonyum lebar
kalau buleh 7-0
biar dio balik melopong
Yamtuan sokong kitoMentori Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
jangan buek malu muko
bukan main bola lisut
bukan main bola tampar
biar dio oghang torkojot
kito monang PIALA MALAYSIA..!!!
kali ini kalau kalah
balik kampung potong gotah
kito jangan menggelabah
sumo pialo kito punggah...!!!!

jodoh oh jodoh

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Adaorg jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga... Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidak sempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..


"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Friday, September 25, 2009

raye lagi




haha
raye tahun ini akan kekal dalam ingatan sebab dapat beraya dengan meriah bersama keluarga dan paling penting dapat jumpe sume rakan2 exskshas
hahahahaa
kami terpisah mase umur 12 tahun dan bertemu kembali mase maseng2 berumur 21 thun
best yang amat haha
tp arini udah kne start belek buku sbb exam is on tuesday
adeh saket2
ok la itu saja
bubbye

Friday, September 18, 2009

raye oh raye


hurmmm
nampaknye esok dah nak raye
ade rase happy ade rase boring ade rase saket kepale
sume rase ade
puncenye
lpas raya nak exam
aduh la hai
ape nak buat exam tetap exam n raye tetap raye
tp persoalanye ialah kenapa mmu bg exam 5hari straight
xde rest
aduh2
tp ape pown post ini dibuat di rumah nenda tercenta di sg.way
tengah tolong anyam ketupat
n masak ayam sambal
yeahhh
best wooo
ape2 pown selamat menyambut aidilfitri buat kengkawan sume
ade salah dan silap ampun ye...
nak duet raye dari mak aku ade le
tu pown kene la datang rumah ye...
ok
salam...
mau sambung wat ketupat

Tuesday, September 1, 2009

pantun ape2 entah le

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Sahur makan empat pinggan setengah,
Tapi puasa asyik kantoi jer!!

Pisang emas dibawa belajar,
Masak sebiji di atas peti,
Masuk tandas tak keluar-keluar,
Rupanye merokok, ingatkan dah mati!

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di jawa hamba dirikan,
Depan awek buat-buat puasa,
Belakang awek belasah makanan.

Sorong papan tarik papan,
Buah Kerianji dalam perahu,
Bulan puasa takde setan,
Dia pulak ganti jadi hantu.

Dua tiga kucing belari,
Mana nak sama dengan kucing belang,
Niat di hati nak rasa kari,
Tahu-tahu habis sedulang.

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Mementang la takde hukuman penjara.
Kene dende pun buat muka cam setan!!